malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
‘Dia nampak macam perempuan, dia nampak macam lelaki’
ADS

PARLIMEN l Aanggota parlimen pembangkang hari ini membidas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yang didakwa bertindak ketertaluan apabila beliau mempersendakan kejantinaan Azalina Othman Said (BN-Pengerang).

Ini berlaku semasa Hanipa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Anti-Berita Palsu (Pemansuhan) 2019 di peringkat dasar di Dewan Rakyat.

Azalina, semasa mencelah untuk mengemukakan soalan kepada timbalan menteri itu, berkata beliau terpaksa memakai cermin mata.

“Tuan Speaker, saya tengah pasang cermin mata, nak tengok YB timbalan menteri dengan begitu jelas, kadang-kadang nampak kecil, kadang-kadang nampak besar,” kata Azalina.

Menurutnya, undang-undang anti-berita palsu di Malaysia adalah adil kerana badan kehakiman yang memutuskan jika ada yang melanggar akta berkenaan tidak seperti keadaan di Singapura di mana menteri republik itu yang menentukan apa yang ditakrif sebagai berita palsu.

Hanipa kemudian berkata: “Saya jawab Pengerang. Pengerang kata (saya) kadang-kadang gemuk, kadang nampak kuruskan?

“Macam Pengerang, dia nampak macam perempuan, dia nampak macam lelaki,” katanya.

Kenyataan itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat pembangkang yang menggesa timbalan menteri itu supaya menarik balik kenyataannya.

Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berdiri dan berkata Hanipa telah membuat satu kenyataan seksis dengan mempersoalkan jantina Azalina.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon kemudian mengarahkan Hanipa untuk menarik balik kenyataannya.

Hanipa akur dan menambah bahawa beliau dan Azalina masih bersahabat.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen