malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dewan Rakyat sekali lagi lulus RUU mansuh akta antiberita palsu
ADS

PARLIMEN | Dewan Rakyat sekali lagi meluluskan Rang Undang-undang (RUU) pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2019 hari ini.

Seramai 92 ahli parlimen menyokong pemansuhan RUU itu, manakala 51 yang lain mahu ia dikekalkan.

Speakaer Dewan Rakyat Mohamad Arif Md Yusof mengarahkan pengundian blok atas selepas diminta Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob.

Seramai 25 ahli parlimen menyertai perdebatan peringkat dasar sejak dua hari lalu.

RUU itu pertama kali diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Ogos tahun lepas, tetapi kemudiannya dikalahkan oleh Dewan Negara yang dikawal oleh BN.

Kerajaan sekali lagi membentangkan RUU itu awal minggu ini. Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diperkenalkan oleh kerajaan BN sebelum ini ketika skandal 1MDB sedang memuncak.

RUU itu memperuntukkan sehingga enam tahun penjara dan denda RM500,000 kepada pihak yang didakwa menyebarkan berita palsu.

Kerajaan PH turut dilihat bergelut dengan berita palsu, tetapi menegaskan bahawa ia boleh ditangani di bawah undang-undang sedia ada.

RUU itu telah menimbulkan kebimbangan kerana bidang kuasanya yang luas, termasuk membolehkan kerajaan memaksa sebarang penerbitan untuk menghapuskan laporan yang dianggap mengandungi "berita palsu".

Susulan itu, kerajaan terpaksa membentangkan RUU itu semula ke Dewan Negara.

Pada Mac, menteri undang-undang Liew Vui Keong berkata, Dewan Negara tidak boleh menyekat kerajaan daripada memansuhkan undang-undang.

Ketika ditemui di lobi parlimen hari ini, Liew mempertahankan kebolehan timbalannya Mohamed Hanipa Maidin yang menggulung RUU itu di Dewan Rakyat hari ini.

"RUU ini boleh dibentangkan oleh timbalan saya, yang saya fikir mampu dan bersedia," katanya menjawab soalan pemberita.

"Pembangkang hanya terbakar ketika menggunakan isu ini.

"Dia tidak salah, tugasnya sebagai timbalan menteri adalah memastikan akta ini dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat," katanya.

"Kita dapat melihat bahawa ahli parlimen pembangkang memainkan sentimen dan membangkitkan isu yang hanya memanaskan Dewan Rakyat, saya tidak fikir ia adalah masalah besar, yang penting ialah RUU telah diluluskan," katanya.

Terdahulu, Hanipa dikritik kerana mempersoalkan jantina Azalina Othman Said (BN-Pengerang) ketika menggulung rang undang-undang itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen