malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Rumah PPR: Gerakan berkumpul kecam kerajaan PP
ADS

Sekumpulan kecil anggota Gerakan Pulau Pinang berkumpul di Jalan Burmah, George Town, siang tadi bagi mengutuk kerajaan negeri yang didakwa mereka enggan membina projek perumahan kos rendah di negeri itu.

Mereka diketuai Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong, turut membawa sepanduk bertulis "Pulau Pinang menjadi anak angkat selepas PH menjadi kerajaan", "Hospital swasta bukan untuk rakyat", dan "Kami tidak mahukan hospital baru, kami mahukan PPR".

Oh mendakwa Pulau Pinang menjadi kerajaan negeri pertama yang berhenti membina rumah untuk rakyat yang tidak berkemampuan.

Dia juga menggesa exco negeri, Jagdeep Singh Deo, untuk bermuhasabah kerana selain tidak lagi mendirikan rumah PPR malah membatalkan projek sebegitu sejak mentadbir Pulau Pinang mulai 2008.

Oh dipercayai merujuk kepada kenyataan Jagdeep yang meluahkan kemarahan kepada kerajaan persekutuan kerana bercadang untuk menghentikan pembinaan rumah kos rendah.

Jagdeep yang dihubungi bagaimanapun menafikan dakwaan yang kerajaan negeri menolak untuk membina rumah kos rendah.

Sebaliknya beliau menegaskan projek sebegitu merupakan tanggungjawab kerajaan persekutuan.

"Saya marah apabila menteri kata mereka tidak akan membina rumah-rumah kos rendah lagi selepas ini.

"Kenapa saya marah? Sebab itu (membina rumah kos rendah) adalah tanggungjawab mereka," kata Jagdeep kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen