malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nazir: Niat saya baik, nak bantu abang
Diterbitkan:  Oct 8, 2019 5:07 PM
Dikemaskini: 9:15 AM
ADS

Bekas pengerusi kumpulan CIMB, Nazir Razak berjanji akan bekerjasama dengan SPRM, yang cuba mendapatkan RM25.7 juta wang berkaitan 1MDB daripadanya.

Beliau adalah adik kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nazir mengulangi bahawa Najib telah memindahkan dana itu ke akaun bank atas namanya pada tahun 2013.

Beliau juga mengakui bahawa dirinya menyedari bahawa wang RM25.7 juta itu akan digunakan untuk kempen PRU13.

Walau bagaimanapun, Nazir mendakwa telah dimaklumkan bahawa wang itu adalah "sah" dan menegaskan bahawa beliau tidak menyimpan atau menggunakannya untuk tujuan peribadi.

"Dana itu kemudiannya dikeluarkan secara tunai kepada wakil Najib kerana apa yang saya difahamkan adalah kempen pilihan raya - tidak satu sen yang dipegang atau digunakan oleh saya.

"Saya bertindak dengan niat baik untuk memenuhi tuntutan abang saya (Najib) meminta bantuan dalam kempen PRU13, dan pada masa itu, saya dimaklumkan bahawa dana itu berasal dari dana politik yang sah dan tidak mempunyai sebab untuk berfikiran sebaliknya," katanya.

Nazir berkata, sebelum ini dirinya juga telah dibersihkan daripada sebarang salah laku apabila CIMB menyiasatnya berhubung dana itu.

Walau bagaimanapun, beliau berjanji akan membantu pihak berkuasa dengan sebaik mungkin.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen