malaysiakini logo
story-image
ADS

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad percaya kutipan SST akan melebihi hasil GST walaupun terdapat kekurangan pada tahun lalu.

“Sudah tentu terdapat kekurangan hasil kutipan SST tetapi ia bukan kerana SST adalah satu kesilapan tetapi kerana bila cukai baru diperkenalkan, pengumpulan hasil akan selalu merudum kerana perlukan pelarasan.

“Tetapi saya yakin pada tahun akan datang, hasil pengumpulan SST akan melebihi GST,” kata Mahathir di Dewan Rakyat, hari ini.

Khalid berkata demikian sebagai menjawab soalan yang dikemukakan Ismail Mohamed Said (BN- Kuala Krau) yang mempersoalkan kekurangan hasil kutipan sebanyak RM20 bilion selepas pertukaran dari GST ke SST pada September lepas.

Terdahulu, Mahathir berkata kerajaan harus melakukan kajian menyeluruh sebelum mempertimbangkan pengenalan semula GST.

Kajian itu perlu melihat kesan kenaikan harga kepada pengguna, kadar inflasi, peningkatan kos untuk perniagaan serta sistem pembayaran balik.

Bagaimanapun, beliau dilihat tidak berminat untuk mengubah sistem cukai itu dalam masa terdekat.

"Perubahan dalam sistem percukaian tidak boleh dilakukan kerap kerana ia akan menghakis keyakinan pelabur dan menjejaskan imej kita secara negatif," katanya.

Selain itu, katanya, penukaran sistem GST ke SST hanya akan dilakukan kerana melihat aduan dari rakyat yang berkata terpaksa membayar cukai dua kali ataupun sukar mendapat pembayaran balik.

Mahathir turut menambah kerajaan kini dalam proses untuk menambah baik SST.

"(Pelaksanaan SST) sedang berjalan lancar dan kita perlu memperbaiki pelaksanaan sistem percukaian baru ini, jadi tidak ada alasan untuk kita kembali ke sistem lama yang sudah awal ditolak rakyat," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen