malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Anwar: Biro politik belum bincang permohonan Salleh sertai PKR
ADS

Permohonan Dr Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR belum dipertimbangkan oleh Biro Politik parti itu, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau berkata permohonan bekas menteri komunikasi dan multimedia itu telah diterima namun ia belum dibincangkan dalam mesyuarat.

“Kami terima permohonan itu daripada beliau tapi belum bincang dalam mesyuarat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi temu rapat bersama ahli parlimen Pakatan Harapan dan Warisan hari ini.

Terdahulu, Salleh menerusi kenyataan berkata beliau memohon menjadi ahli PKR secara dalam talian dan menyerahkan kepada kepimpinan parti itu untuk mempertimbangkan permohonannya.

Katanya, beliau memilih PKR kerana parti itu mengamalkan politik berbilang kaum yang sesuai dengan pegangan dan pendirian politiknya dan juga suasana politik di Sabah.

- Bernama

Lihat Komen