malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Menteri gesa syarikat laksana audit pematuhan sosial sekarang
ADS

Kementerian Sumber Manusia menggesa para majikan agar menjalankan Audit Pematuhan Sosial sekarang, walaupun audit itu hanya akan dikuatkuasakan pada 2021.

Ia selepas sekatan oleh Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat kepada satu syarikat sarung tangan getah di Malaysia kerana disyakit terlibat dengan amalan menindas pekerja.

Menterinya M Kulasegaran berkata audit itu merupakan pendekatan kawal selia terhadap majikan berkenaan piawaian pengambilan buruh kasar agar sejajar dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Walaupun kerajaan sudah tetapkan Audit Pematuhan Sosial perlu dilaksanakan oleh setiap majikan pada 2021.

“Bagi saya ia amat penting untuk majikan laksanakan dari awal bermula sekarang,” katanya ketika sidang media selepas sesi town hall bersama persatuan dan syarikat sarung tangan getah tersebut dan kesatuan sekerjanya di ibu pejabat kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Menurut Bernama semalam, CBP mengeluarkan Perintah Pelepasan Pegangan kepada lima produk yang diimpot dari lima negara.

Dalam laporan itu, Kulasegaran dipetik berkata akan menjelaskan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa tindakan telah diambil terhadap syarikat itu.

Dalam sidang media tadi, Kulasegaran turut memaklumkan pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan persatuan peniaga di Amerika Syarikat bagi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membantu kerajaan memahami pelaksanaan audit pematuhan sosial itu.

Lihat Komen