malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Rakyat perlu kemanisan lepas kepahitan, bukan sebaliknya
ADS

ULASAN l Sejak kecil kita telah diasuh oleh ibu bahawa ubat rasanya pahit, tetapi ia bagus untuk kesihatan diri.

Nasihat ini digunapakai oleh kerajaan hari ini secara serius.

Sejak mengambil alih kerajaan, Pakatan Harapan telah menubuhkan disiplin fiskal dan mengikat perut (berjimat) - meskipun tanpa alasan yang baik.

Pentadbiran terdahulu membelanjakan wang tanpa berfikir panjang, melabur untuk filem Hollywood dan membeli rumah agam Mayfair, termasuk beg tangan Hermès dan barang kemas yang terkenal; berlian merah jambu.

Kini, PH mewarisi hutang yang ditinggalkan, dan sedang bergelut untuk membayar balik wang yang telah diboroskan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sudah menjalankan tugasnya, bekerja gigih untuk mencapai pelan tiga tahunnya untuk membina semula tahap kesejahteraan fiskal negara.

Ini diakui, merupakan tugas yang berat dan tidak berkesudahan, tidak boleh sangkal lagi.

Tiada siapa yang menuduh Malaysia mengamalkan ekonomi “cash is king”, namun rakyat sudah mula merasakan kepedihannya. Sudah tiba masa untuk memberi sedikit kelegaan kepada rakyat - kemanisan selepas kepahitan.

Seperti yang dicadangkan oleh Wednesday’s Edge Financial Daily, pengurusan hutang dan pembangunan ekonomi tidak sepatutnya bersifat eksklusif.

Secara dasarnya, ekonomi seharusnya dijalankan sebagai perusahaan global kerana sekalipun kita mematikan lampu dan menarik selimut, anak-anak masih akan terus menyelinap keluar.

Sebagai contoh, kita tidak boleh memperkenalkan revolusi perindustrian keempat, tanpa membuat pelaburan ke atas set dan skil kemahiran yang membolehkan kita bersaing dalam industri ini.

Sebagai tambahan kepada disiplin dan praktis yang serius, kita memerlukan pimpinan yang dapat menyediakan kemudahan sesuai dan mencukupi.

Walaupun mengurangkan hutang awam masih menjadi keutamaan, di mana usaha kementerian kewangan menuju ke arah positif, kita juga perlu melabur ke dalam program yang membantu kepada pertumbuhan ekonomi.

Terutama sekali untuk golongan berpendapatan rendah, supaya mereka dapat keluar dari kepompong mereka.

Kekurangan dorongan dan sokongan ke atas sektor-sektor utama akan memberi kesan kepada ekonomi yang merundum.

Transformasi digital merupakan satu contoh bidang yang boleh dibangunkan, yang boleh disandar sebagai peluang untuk Malaysia menjadi negara bernilai tinggi, yang mengamalkan kesaksamaan ekonomi - dan juga menjadi asas kepada pembangunan negara.

Ini adalah matlamat yang dapat mengatasi mana-mana pentadbiran atau mana-mana organisasi parti politik. Dan paling penting, bermanfaat untuk semua.

Semenjak Malaysia muncul daripada krisis kewangan Asia, Malaysia memilih untuk tetap berada di zon selamat, mengekalkan kos rendah dan berpendapatan rendah, tidak seperti Korea Selatan, yang mempunyai pelan inovasi teknologi dan cara mengatasi inflasi gaji.

Ketika Malaysia menutup pasaran modal dan hanya membuka ruang kepada warga tempatan untuk memiliki aset strategik, Korea Selatan membina ekonomi mereka untuk keperluan global. Hari ini jelas negara mana yang lebih menyerlah.

Malaysia tidak boleh berdiam diri dan melakukan kesilapan yang sama berulang kali untuk generasi masa depan rakyat Malaysia. Natijahnya, antara tujuan melihat semula kesilapan yang telah dilakukan adalah untuk mempersiapkan diri supaya lebih bersedia dan kembali ke prestasi yang sepatutnya.


DR RAIS HUSSIN ialah presiden dan ketua pegawai eksekutif badan pemikir berfokuskan penyelidikan dasar berteraskan data, Emir Research. Ia ditunjangi nilai-nilai konsultansi, kesederhanaan dan kerapian.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen