malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Wartawan Jammu, Kashmir adakan bantahan isu sekatan komunikasi
ADS

GLOBAL | Sekurang-kurangnya 11 persatuan media di Jammu dan Kashmir - termasuk Kashmir Press Club - pada Khamis mengadakan bantahan di Srinagar akibat sekatan perkhidmatan komunikasi di wilayah itu sejak 60 hari lalu, lapor agensi berita Anadolu.

"Kami hari ini bersama-sama menyatakan bahawa kami sudah cukup terseksa -- 60 hari larangan media, 60 hari tanpa sebarang komunikasi dan 60 hari sekatan maklumat dari kerajaan," menurut kenyataan bersama persatuan media.

Semua wartawan media cetak dan elektronik membantah bagi menuntut akses percuma internet dan komunikasi.

"Kerosakan terbesar dilakukan kerajaan adalah menekan kebebasan akhbar dengan mengurangkan komunikasi dan sekatan internet. Inilah yang berlaku di Kashmir genap dua bulan," kata wartawan Safwat Zargar.

"Jika seorang wartawan dapat bekerja dengan bebas, kerajaan tidak sepatutnya gusar. Sekatan itu sudah terlalu lama," tambah Zargar.

Jammu dan Kashmir dikatakan terputus hubungan dengan dunia luar sejak 5 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa India mendakwa 93 peratus rantau Jammu dan Kashmir yang dipertikaikan bebas daripada sebarang larangan pada waktu siang.

India menyekat sebarang komunikasi untuk menghalang sebarang pemberontakan, sementara pemimpin politik di rantau ini turut ditahan.

Pada masa ini, hanya sebuah pusat media kerajaan beroperasi di Kashmir.

India dan Pakistan masing-masing menguasai wilayah tertentu, China turut menguasai sebahagian wilayah yang menjadi perebutan.

India dan Pakistan telah melalui beberapa peperangan untuk memiliki Kashmir secara mutlak.

-Bernama

Lihat Komen