malaysiakini logo
story-image
ADS

Seramai 21 peguam disenaraikan dalam senarai dikehendaki polis atas dakwaan pecah amanah dan salah guna wang anak guam.

Secara keseluruhan ia melibatkan wang pelanggan sehingga RM30.4 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJ), Bukit Aman, Zakaria Ahmad berkata individu berumur antara 34 dan 69 tahun itu didakwa menipu pelanggan dalam 39 kes sejak 2012.

Polis turut menyiarkan gambar mereka dalam sidang media hari ini.

Polis sudah bersedia untuk menuduh lapan orang di mahkamah dan sedang melengkapkan kertas siasatan melibatkan selebihnya.

Polis percaya lima orang telah lari ke luar negara.

[Baca berita asal]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen (0)