malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jerebu dijangka makin teruk di Bangkok
Diterbitkan:  Oct 2, 2019 3:14 PM
Dikemaskini: 7:14 AM
ADS

GLOBAL l Seorang pakar di sebuah hospital di Bangkok memberi amaran kepada orang ramai khususnya kanak-kanak dan warga tua untuk bersiap sedia berdepan masalah jerebu yang semakin teruk, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Profesor Madya Nitipat Jiarakul merangkap Ketua Bahagian Penyakit Pernafasan dan Tuberkulosis, Fakulti Perubatan Hospital Siriraj berkata partikel PM 2.5 di udara kini menyelubungi bandar raya Bangkok, sejak penghujung tahun lepas hingga awal tahun ini.

Bagaimanapun, jisim udara sejuk yang melanda Thailand sejak pertengahan September mencetuskan penyongsangan suhu, menyumbang kepada pencemaran udara semakin teruk.

Ini menunjukkan jumlah pencemar udara yang dikeluarkan ke atmosfera oleh industri, kereta, pembinaan dan aktiviti manusia secara tidak terkawal akan menyebabkan masalah bertambah serius.

Orang ramai perlu diberikan kesedaran mengenai bahaya pencemaran udara dan bagaimana melindungi diri mereka, katanya.

Selain itu menurutnya, undang-undang berkaitan harus dikuatkuasakan sepenuhnya bagi mengawal kuantiti pelepasan asap kenderaan, pembakaran oleh petani disebabkan aktiviti tanaman semula dan pembakaran terbuka.

Hospital Siriraj dan hospital-hospital lain di Bangkok mendapati jumlah pesakit mengidap penyakit paru-paru dan emfisema pulmonari meningkat dengan ketara pada Disember tahun lepas hingga Februari tahun ini.

- Bernama

Lihat Komen