malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ahli perniagaan ditipu RM650,000 kena mahu beli pingat Melaka
Diterbitkan:  Oct 2, 2019 12:34 PM
Dikemaskini: 4:34 AM
ADS

Polis Negeri Sembilan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan mendapatkan pingat dan darjah kebesaran daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka yang melibatkan kerugian RM650,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supt Aibee Ab. Ghani berkata lelaki itu, Tuan Mochtar Tuan Abdul Malek, beralamat di A3622, Lorong Tok Sira 18, Medan Tok Sira, 25050 Kuantan, Pahang.

"Pada Sept 2017, seorang ahli perniagaan (mangsa) yang berusia 39 tahun telah berjumpa suspek di Kuala Lumpur bagi urusan perniagaan. Setelah beberapa kali perjumpaan, ahli perniagaan itu telah ditawarkan untuk mendapatkan pingat dan darjah kebesaran daripada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang akan diuruskan sepenuhnya oleh suspek.

"Mangsa yang berminat telah bersetuju dengan tawaran tersebut dan mangsa telah diminta untuk membuat beberapa transaksi pembayaran wang bagi tujuan berkenaan. Mangsa mengalami kerugian RM650,000," katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

Katanya sehingga laporan polis dibuat, mangsa tidak menerima mana-mana undangan atau tawaran daripada mana-mana pihak bagi tujuan pengurniaan pingat dan darjah yang dimaksudkan.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Insp Mohd Ramdzan A. Sukor di talian 019-9329643 atau 06-7682222.

-Bernama

Lihat Komen