malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
MB umum Ahad, Isnin cuti peristiwa di Kelantan
Diterbitkan:  Sep 28, 2019 2:37 PM
Dikemaskini: 6:46 AM
ADS

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob mengumumkan Ahad dan Isnin ini (esok dan lusa) sebagai cuti peristiwa di seluruh negeri sebagai menghormati kemangkatan Sultan Ismail Petra.

Ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota BHaru pukul 8.11 pagi ini.

Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh menteri besar di Kota Darul Naim, Kota Bharu.

Beliau berkata, jenazah baginda akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan terakhir dan istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat Asar di Makam Diraja Langgar di Kota Bharu.

Sehubungan itu, kata Ahmad tempoh perkabungan kemangkatan Sultan Ismail Petra akan bermula hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menzahirkan ucapan takziah di atas kemangkatan Sultan Kelantan ke-28 Sultan Ismail Petra.

"Dengan Penuh Takzim dukacita dimaklumkan kemangkatan KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, pada pukul 8.11 pagi 28 Sept, 2019 di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu," katanya dalam ciapan twitternya.

Lihat Komen