malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Harga RON97 naik 14 sen, RON95, diesel kekal
Diterbitkan:  Sep 20, 2019 5:43 PM
Dikemaskini: 9:43 AM
ADS

Harga runcit petrol RON97 naik 14 sen kepada RM2.67 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing sepatutnya RM2.37 seliter dan RM2.32 seliter.

"Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.23 seliter dan diesel pada paras RM2.29 seliter,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenaikan harga minyak dunia dipercayai ekoran kejadian serangan terhadap dua loji minyak di Arab Saudi pada 14 Sept lalu yang telah menjejaskan pengeluaran dan eksport minyak negara itu.

“Selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan akan terus beri subsidi bagi mengimbangi kenaikan harga minyak berikutan insiden itu,” menurut kementerian itu.

Berdasarkan pengekalan harga runcit RON95 dan diesel itu, anggaran subsidi petroleum yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 21 hingga 27 Sept adalah berjumlah RM123.16 juta.

- Bernama

Lihat Komen