malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Mogok sedunia untuk perubahan iklim mulai Jumaat
Diterbitkan:  Sep 20, 2019 4:14 PM
Dikemaskini: 8:16 AM
ADS

GLOBAL | Mogok Iklim Sedunia, diilhamkan aktivis remaja Sweden berusia 16 tahun, Greta Thunberg, yang menyeru agar tindakan segera diambil berkaitan perubahan iklim, akan bermula pada Jumaat di seluruh dunia, lapor agensi berita Rusia Sputnik.

Mogok itu akan diadakan selama dua Jumaat berturut-turut iaitu pada 20 dan 27 September.

Acara itu berbetulan dengan Sidang Kemuncak Tindakan Iklim PBB 2019 yang akan bermula di New York pada 23 September.

"Pada September ini, berjuta-juta daripada kita akan berjalan keluar dari tempat kerja dan rumah kita untuk menyertai golongan muda yang mogok iklim di jalanan serta menuntut penghapusan bahan api fosil.

"Rumah kita sedang terbakar – marilah kita bertindak.

"Kami menuntut keadilan iklim untuk semua," menurut kenyataan Mogok Iklim Sedunia di laman sesawang rasminya.

- Bernama

Lihat Komen