malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Sentiasa kenang pengorbanan pejuang negara, pesan khutbah
Diterbitkan:  Sep 20, 2019 2:18 PM
Dikemaskini: 6:18 AM
ADS

Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini menyeru umat Islam untuk sentiasa mengenang pengorbanan pejuang tanah air yang telah banyak berkorban demi mempertahankan negara.

Menurut mimbar, rakyat berhutang budi yang cukup besar terhadap mereka yang sanggup menggadai nyawa untuk menjadikan negara aman dan sejahtera.

‘’Menjadi seorang pahlawan bukan terhasil dengan sekelip mata sahaja. Sudah tentu ia dibina daripada kesedaran dan keyakinan serta keberanian dengan bermacam-macam cabaran,’’ kata khutbah.

Khutbah itu disediakan sempena sambutan Hari Pahlawan 2019 yang jatuh pada 18 September, iaitu dua hari lalu.

Menurut mimbar lagi, rakyat juga perlu sentiasa sedia untuk bersama mempertahankan kedaulatan negara.

‘’Rakyat seharusnya bersiap siaga mempertahankan nikmat keamanan daripada diganggu gugat oleh anasir yang boleh merosakkannya.

"Semangat perjuangan generasi lalu mestilah ditiup ke dalam setiap jiwa generasi hari ini... Generasi hari ini harus dididik memahami akan sejarah perjuangan dan bagaimana sumbangan pahlawan yang telah diberikan dan hasilnya dinikmati pada hari ini,’’ kata khutbah lagi.

Lihat Komen