malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mayat warga emas ditemukan dengan tangan diikat, kepala ditutup
Diterbitkan:  Sep 20, 2019 8:46 AM
Dikemaskini: 12:46 AM
ADS

Mayat wanita warga emas ditemukan mati dalam keadaan tertiarap dengan kedua tangan diikat di kediamannya di Pangsapuri PKNS, Kampung Tasik Tambahan Ampang, Ampang, di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusoff berkata mayat wanita berusia 85 tahun yang kepalanya turut ditutup dengan kain ditemui anaknya di dalam bilik tidurnya ketika pulang dari tempat kerja pada kira-kira jam 5.30 petang.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP A. Wiswanathan di talian 012-3198918 bagi membantu siasatan.

-Bernama

Lihat Komen