Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia bersatu padu dalam mesej berasingan sempena sambutan Hari Malaysia.
Mahathir menerusi penampilan khas dalam klip video sempena Hari Malaysia oleh penyanyi Hazama Azmi, membacakan sajak mengenai 'anak bangsa Malaysia'.
"Anak bangsa Malaysia. Bangsa kita bangsa merdeka, gagah dan kuat kerana kepelbagaian. Dari yang banyak menjadi satu, membawa negara ke persada dunia.
"Walaupun terdapat perbezaan, tembok pemisah kita robohkan. Bersatu padu tanpa kira warna kulit kerana kita adalah anak bangsa Malaysia," katanya.
Video muzik itu disiarkan di laman Facebook rasmi Mahathir.