malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Guan Eng lihat Sabah, S'wak untuk menuju Malaysia sederhana
Diterbitkan:  Sep 15, 2019 10:35 PM
Dikemaskini: 2:35 PM
ADS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata hanya "Malaysia sederhana" yang menghormati hak semua kaum, agama dan latar belakang dalam masyarakat yang pelbagai boleh melaksanakan misi kerajaan untuk " berkongsi kemakmuran".

Dalam satu kenyataan Guan Eng berkata beliau percaya bahawa negeri-negeri di Malaysia Timur harus memainkan peranan penting.

"Sabah dan Sarawak perlu meningkatkan dan menjadi pembuat keputusan utama untuk menolak politik fasis dan perkauman yang tidak bertanggungjawab ini.

“Dengan mengikuti prinsip-prinsip asas Malaysia sederhana sepertimana yang tertakluk dalam perlembagaan Malaysia, setiap rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada fabrik perpaduan, inklusif dan bukannya eksklusif serta mengiktiraf perbezaan tanpa sebarang diskriminasi, dan berkongsi tanggungjawab dalam menghadapi masalah dan cabaran, terutamanya dalam meraih kemakmuran bersama," katanya.

Lim yang juga menteri kewangan berkata akhir-akhir ini terdapat beberapa pihak yang menolak konsep Malaysia sederhana dengan memainkan isu agama, kaum serta membangkitkan kebencian.

“Hanya sokongan penuh dan jelas untuk Malaysia yang sederhana yang tidak hanya menyalahkan sesuatu kaum, tetapi lebih memfokuskan kepada mencipta dan mengagihkan kekayaan yang sama rata dari Sabah dan Sarawak yang akan memastikan ekstrimis agama tidak berjaya dalam usaha mereka untuk meraih kuasa,” katanya.

Anggota parlimen Bagan itu turut berkata Malaysia sederhana yang berkongsi kemakmuran juga akan menguntungkan Sabah dan Sarawak sepertimana yang telah dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Harapan.

“Walaupun ada beberapa janji yang memerlukan sedikit masa lagi untuk ditunaikan bagi memastikan kedudukan fiskal kita kembali ke landasan yang betul berikutan skandal kewangan dan rasuah yang melibatkan nilai lebih RM150 bilion, kerajaan persekutuan adalah satu-satunya kerajaan yang memberitahu dengan jelas apa yang ingin dilakukan untuk Sabah dan Sarawak.

“Marilah kita meraikan Malaysia dengan memperbaharui komitmen kita bukan saja kepada perpaduan nasional dan integrasi tetapi juga ikrar bahawa nasib kita sebagai sebuah bangsa mesti juga melihat perkongsian kemakmuran untuk kedua-dua negeri itu,” katanya. 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen