malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahathir tepis spekulasi Azmin sertai Bersatu
ADS

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menepis spekulasi bahawa Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mungkin menyertai parti pimpinannya, Bersatu.

"Dia pun tak ada buat application (permohonan), kalau dia buat application, kita timbanglah," kata Dr Mahathir dalam sidang akhbar selepas menghadiri Kejohanan The Putrajaya Boat Race di Putrajaya hari ini.

Spekulasi Azmin mungkin menyertai Bersatu tersebar selepas beliau muncul pada majlis sambutan ulang tahun ketiga penubuhan Bersatu Khamis lalu.

Beliau seolah-olah merupakan satu-satunya wakil Pakatan Harapan dalam majlis berkenaan.

Mahathir, yang juga pengerusi Bersatu berkata ramai pemimpin terkemuka dari pihak PH turut dijemput ke majlis itu, seperti Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar.

"Kami jemput semua pemimpin terkemuka. Xavier datang, ramai orang datang," katanya.

Khabar angin bahawa Azmin mungkin menyertai Bersatu tersebar sejak tahun lepas berikutan perpecahan dalam PKR.

Bagaimanapun, pemimpin PH sentiasa menolak spekulasi berkenaan.

Lihat Komen