malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Umno Pahang: Banyak lagi urusan perlu diteliti lepas kerjasama Muafakat Nasional
Diterbitkan:  Sep 15, 2019 2:29 PM
Dikemaskini: 6:48 AM
ADS

Umno Pahang memaklumkan banyak lagi urusan dan perkara yang perlu diteliti selepas piagam kerjasama dengan PAS disepakati secara rasmi, semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya akan menunggu panduan selanjutnya daripada pimpinan tertinggi parti itu dalam apa juga tindakan susulan termeterainya Piagam Muafakat Nasional.

Katanya, perkara itu perlu bagi memastikan keselarasan dan mengelak sebarang percanggahan antara kedua-dua pihak.

"Badan Perhubungan Umno negeri akan menunggu panduan selanjutnya daripada Umno Malaysia berkenaan apa juga tindakan susulan yang berkaitan dengan Muafakat Nasional.

"Ini perlu demi menyaksikan keselarasan gerak-kerja agar tidak bertindan-tindih apatah lagi bercanggahan antara kedua-duanya," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam Umno dan PAS mengenepikan perseteruan lebih 60 tahun apabila mencipta sejarah baru politik negara dengan mengikat kerjasama berbentuk taawun siyasi melalui Piagam Muafakat Nasional yang ditandatangani presiden kedua parti itu.

Malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyatakan pihaknya ada perancangan untuk membawa masuk anggota Umno ke dalam kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti itu.

Sementara itu, Wan Rosdy yang juga menteri besar Pahang berkata, piagam yang disepati itu masih awal dan baru sahaja ditandatangani, semalam.

Justeru katanya, banyak lagi urusan dan perkara perlu diteliti serta dibincangkan.

"Lanjutan itu, tentu ada banyak lagi urusan dan perkara yang perlu diteliti dan dibincangkan lagi untuk memastikan ia (Muafakat Nasional) benar-benar berjaya," katanya.

Lihat Komen