malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Adun Malim Nawar tak akan sertai dewan penyokong PAS
Diterbitkan:  Sep 15, 2019 10:13 AM
Dikemaskini: 2:48 AM
ADS

Walaupun meletak jawatannya dalam Jawatankuasa DAP Perak, Adun Malim Nawar, Leong Cheok Keng menegaskan bahawa beliau tidak akan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Leong dipetik Sinar Harian berkata beliau masih setia terhadap parti DAP dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

“Saya tidak akan menyertai DHPP. Saya menegaskan bahawa saya memang taat kepada kepimpinan Guan Eng dan kepimpinan DAP Pusat.

“Saya masih ahli DAP dan akan meneruskan perjuangan DAP demi rakyat,” katanya.

Sinar Harian juga melaporkan: "Kelmarin Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria mengundang dua Adun berkenaan untuk mengukuhkan DHPP."

Bagaimanapun, seorang lagi Adun DAP Perak Leow Thye Yih yang turut meletakkan jawatan sebagai exco negeri difahamkan belum memberi respons atas jemputan ke DHPP tersebut.

Untuk rekod, Leong meletakkan jawatan sebagai timbalan bendahari dan Leow telah meletakkan jawatan sebagai penolong setiausaha DAP Perak.

Kedua pihak tersebut meletakkan jawatan ekoran tidak berpuas hati dengan kenyataan pengerusinya, Nga Kor Ming.

Nga didakwa tidak berunding dengan kepimpinan DAP sebelum memutuskan PH Perak akan membuat keputusan muktamad mengenai status Paul Yong sebagai anggota kabinet negeri.

Untuk rekod, pada Ogos 2015 bekas Adun Bercham Sum Cheok Leng telah keluar DAP dan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak. 

Razman yang juga pesuruhjaya PAS negeri ketika itu menerima penyertaan bekas Adun DAP tersebut.

Lihat Komen