malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Produk herba disokong kajian klinikal bakal dibenar buat tuntutan terapeutik
ADS

Produk berasaskan herba yang disokong kajian klinikal bakal dibenarkan untuk membuat tuntutan terapeutik, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Ramli Zainal.

Beliau berkata bagi tujuan tersebut satu seranta awam telah diadakan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM untuk memperkenalkan ‘Garis Panduan ke atas Produk Herba Dengan Tuntutan Terapeutik’ untuk produk semula jadi, Februari lepas.

Katanya pada sesi seranta awam tersebut pihak industri telah diberi peluang untuk memberikan pandangan dan komen ke atas garis panduan yang bakal diperkenalkan itu.

“Dengan kewujudan garis panduan produk herba dengan tuntutan terapeutik, produk-produk berasaskan herba boleh membuat tuntutan atau indikasi yang bukan merupakan kegunaan tradisional atau menambah baik tuntutan tradisional sedia ada dengan syarat tuntutan tersebut dapat disokong dengan kajian praklinikal dan klinikal untuk membuktikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan tuntutan yang dibuat.

"Oleh itu saya menyeru pengilang tradisional tempatan untuk memberikan perhatian terhadap aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi produk-produk tradisional mereka,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pengeluar Ubat Tradisional Melayu Malaysia (PURBATAMA) ke-18 Langkawi, Kedah hari ini.

Turut hadir Presiden PURBATAMA Mat Hazir Mahmud.

- Bernama

Lihat Komen