malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bendahari PAS N Sembilan meninggal dunia lepas hadir Himpunan Penyatuan Ummah
Diterbitkan:  Sep 14, 2019 8:27 PM
Dikemaskini: 12:27 PM
ADS

Bendahari PAS Negeri Sembilan,Mustafa Dolah meninggal dunia selepas menghadiri hari pertama Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Allahyarham dilapor dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur awal pagi tadi akibat serangan jantung dan angin ahmar sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sinar Harian memetik Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Badzli Bakar yang menyifatkan Mustafa, 67, sebagai pejuang agama yang sejati dan seorang yang sangat komited.

"PAS Negeri Sembilan mengucapkan takziah kepada keluarga dan kita sangat sedih atas pemergian permata ini.

"Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan dikurniakan pahala berterusan atas ilmu yang dicurahkan buat anak bangsa, pelapis pejuang agama," katanya kepada Sinar Harian.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Taman Paroi Jaya sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Allahyarham Mustafa pernah menjadi calon PAS Parlimen Rembau pada pilihan raya umum ke-14 dan dilantik sebagai Bendahari PAS Negeri sejak 2017.

Himpunan Penyatuan Ummah hari kedua dan terakhir hari ini mencipta sejarah apabila dua parti yang berseteru sejak 1978, Umno dan PAS, akhirnya menandatangani piagam rasmi.

Lebih 25,000 hadir termasuk perwakilan dan pemimpin tertinggi kedua-dua parti serta wakil pemimpin parti komponen BN yang lain.

Lihat Komen