malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Raja Permaisuri Agong sedih polis tangkap pengkritik baginda
Diterbitkan:  Sep 14, 2019 10:14 AM
Dikemaskini: 2:42 AM
ADS

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan perasaan sedih dan marah terhadap tindakan polis menangkap pengkritik baginda.

Ini selepas pihak polis menangkap beberapa individu kerana membuat komen kritikal terhadap baginda di Twitter.

Tunku Azizah bertitah dikejutkan mengenai berita penangkapan itu oleh salah seorang puteri baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Sultan Abdullah.

"Afzan kejut saya tadi " mama polis tangkap dua orang!"

"Saya sedih dan marah dan terus activate kan (akaun) Twitter, tidak ada niat saya supaya mereka itu di tangkap polis, saya sendiri beritahu pihak istana untuk beri tahu pihak polis jangan ambil tindakan.

"Walaupun selama ini saya dan suami dikeji, dituduh, dihentam, dimaki hamun...Kami berdua (Agong dan Raja Permaisuri) tidak pernah buat laporan polis. 

"Saya tidak pernah sedih malah ketawa bila baca, kerana Allah tahu saya siapa," titah baginda pada kicauan di Twitter.

Apabila Tunku Azizah menyahaktifkan akaun Twitter baginda bertiup spekulasi ia berpunca daripada komen netizen yang "negatif dan biadap."  

Bagaimanapun, baginda pada ciapannya pagi ini menegaskan: "Saya ulangi, saya menyahaktifkan (akaun Twitter) bukan kerana mereka (pengkritik)."

Semalam, polis telah menahan Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Ismath berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, ketika dihubungi Bernama mengesahkan telah menahan Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Ismath berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed juga dilaporkan berkata​​​​​​ pihaknya telah menerima laporan berhubung kes itu dan telah membuka siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

Lihat Komen