malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah benarkan SPRM lucut hak RM369,622 dari MP Umno
ADS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melucut hak sebanyak RM369,662 daripada Anggota Parlimen Maran, Ismail Abdul Muttalib dan syarikat Naza Quest Auto berhubung saman pelucuthakan berkaitan 1MDB terhadap mereka.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan pelucuthakan itu semasa prosiding terbuka di mahkamah pagi ini.

Nazlan mengeluarkan perintah itu apabila Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pilllai memaklumkan kepada mahkamah bahawa tiada pihak ketiga menghadiri prosiding hari ini untuk menuntut RM100,000 yang telah dilucut hak oleh SPRM daripada anggota parlimen Umno itu.

Sebelum ini dilaporkan Ismail tidak akan mencabar saman pelucuthakan berkenaan.

Pillai, yang bertugas di SPRM memaklumkan kepada mahkamah bahawa Ismail tidak mempunyai bantahan terhadap saman pelucuthakan RM100,000 yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

"Responden pada 24 Jun menghantar surat kepada mahkamah untuk memaklumkan Yang Arif bahawa dia (Ismail) diminta untuk dikecualikan daripada menghadiri prosiding mahkamah (hari ini berhubung dengan) RM100,000 dalam wang yang akan dilupuskan oleh kerajaan Malaysia .

"Hari ini, kami diwartakan (notis) bagi pihak ketiga untuk menghadiri (prosiding mahkamah) di bawah Seksyen 61 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Undang-undang yang Tidak Sah 2001 (Amla) dan tidak ada pihak ketiga yang hadir hari ini.

"Oleh itu, kami memohon RM100,000 yang dilucuthakkan oleh kerajaan Malaysia," kata Pillai (gambar, di bawah).

Hakim Nazlan membenarkan permohonan pendakwaan untuk membatalkan RM100,000 daripada akaun bank Ismail.

Hakim merekodkan penghakiman persetujuan antara pihak pendakwaan dan Naza Quest Auto untuk melucut hak sebanyak RM269,662 dalam akaun Maybank Islamic syarikat itu kepada kerajaan.

Penghakiman persetujuan dilakukan tanpa pengakuan liabiliti jenayah atau sivil oleh Naza Quest Auto.

Peguam Naza Quest Auto, Md Yunos Shariff mengesahkan  kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan menyelesaikan masalah itu.

"Kami memohon (kepada mahkamah untuk) merekodkan penghakiman persetujuan, tanpa pengakuan liabiliti jenayah atau sivil. Responden bersetuju dengan wang sebanyak RM269,662, dalam akaun semasa Maybank Islamic 5643 0601 3040 di bawah nama responden dilucuthakan oleh kerajaan Malaysia, "kata Yunos.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen