Pengiklanan

    Penolong pengarah JPN akan didakwa jual MyKad pada warga asing

    (Dikemaskini )
    Bernama  |  Berita

    Seorang penolong pengarah di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang akan didakwa di Mahkamah Sesyen di George Town esok berhubung dakwaan terbabit dalam sindiket menjual MyKad kepada warga asing di negeri itu.

    Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang Yusaini Amer Abdul Karem mengesahkan perkara itu semasa dihubungi Bernama hari ini.

    Sementara itu, sumber memaklumkan lelaki berusia 40-an itu yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan berdepan beberapa pertuduhan di mahkamah esok.

    Penolong pengarah itu dikatakan bersekongkol dengan seorang 'runner' lelaki warga tempatan bagi mendapatkan Mykad tulen itu namun kegiatan tersebut terbongkar selepas status warga asing yang mempunyai Mykad tulen berkenaan berjaya dikesan Jabatan Imigresen negeri.

    Katanya data dalam Mykad warga asing berkenaan milik seorang warganegara Malaysia yang tidak dikenalinya malah siasatan lanjut ke atas waris warganegara yang mana maklumatnya diklon itu menafikan mengenali wanita dari China berkenaan.

    - Bernama

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih