BERITA

Tindakan keras global terhadap penipuan e-mel

11 Sep 2019, 4:35 pagi

Dikemaskini setahun lepas

A
+
A
-

Sebanyak 281 orang ditangkap berikutan tindakan keras global terhadap sindiket penipuan e-mel melalui kaedah yang dikenali sebagai Kompromi Perniagaan E-mel (BEC).

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkata daripada 281 tangkapan itu, 167 dibuat di Nigeria, 74 di Amerika Syarikat, 18 di Turki dan 15 di Ghana.

Menurut DOJ, tangkapan juga dibuat di Malaysia, Perancis, Itali, Jepun, Kenya dan United Kingdom.

"Usaha yang diselaraskan dengan rakan kongsi penguatkuasa undang-undang domestik dan antarabangsa di seluruh dunia menyaksikan tindakan terbaru ini lebih berjaya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), puluhan anggota Pejabat Peguam Negara AS, Perkhidmatan Rahsia AS, dan rakan-rakan di Nigeria, Ghana, Turki, Perancis, Itali, Jepun, Kenya, Malaysia, serta UK, termasuk rakan penguatkuasaan undang-undang negeri dan tempatan untuk semua usaha keras mereka dalam memerangi skim penipuan ini dan melindungi aset warganegara kita.

"Sesiapa yang terlibat dalam amalan menipu seperti ini sepatutnya tahu mereka tidak akan terlepas daripada dikesan dan mesti bertanggungjawab," kata timbalan peguam negara AS Jeffrey Rosen dalam satu kenyataan hari ini.

Melalui BEC, penjenayah siber menjadikan individu yang mempunyai akses kepada kewangan syarikat sebagai sasaran. Mereka meniru alamat e-mel hubungan penting seperti bos atau klien untuk mengelirukan mangsa, seperti menghantar pembayaran ke akaun penjenayah yang menyamar sebagai rakan niaga yang sah.

Operasi global empat bulan itu, yang menyaksikan penyitaan hampir AS$ 3.7 juta, diumumkan oleh DOJ hari ini.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.