Pengiklanan

    Giliran Seberang Perai jadi bandar raya

    (Dikemaskini )

    Seberang Perai bakal diisytihar sebagai bandar raya pada 16 Sept ini yang turut menyaksikan sambutan Hari Malaysia, menurut seorang anggota exco Pulau Pinang.

    Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo, telah menyerahkan surat pengisytiharan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kepada Istana Negara untuk mendapat perkenan.

    "Dengan perisytiharan itu, kedua-dua pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang akan menjadi majlis bandar raya," katanya kepada pemberita di George Town, hari ini.

    Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperoleh status bandar raya pada 2015.

    Jagdeep Singh menjelaskan untuk diklasifikasi sebagai bandar raya, pihak perbandaran harus memenuhi prasyarat tertentu, seperti mempunyai 500,000 penduduk, pendapatan tahunan lebih dari RM100 juta, dan mempunyai kemudahan seperti kawasan perindustrian, institusi pendidikan, kemudahan perubatan, institusi kewangan dan kemudahan untuk menarik pelabur ke negeri ini, dan pembangunan yang memberi tumpuan kepada pembangunan mampan.

    Beliau berkata presiden MPSP Rozali Mohamud akan dilantik sebagai datuk bandar Seberang Perai pertama sebaik saja memperoleh status itu.

    - Bernama

    Belanjawan 2020
    • Infografik
      Carta & Graf
    • Kuiz
      Apa anda dapat?
    • Undian
      Suka atau tidak?
    • Laporan langsung
      Laporan langsung kami

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih