Pengiklanan

    'Hentikan retorik rosakkan perpaduan negara'

    (Dikemaskini )

    KATA MP | Berita palsu berbaur perkauman dan politik fitnah telah menjadi sesuatu yang lumrah dalam kalangan rakyat jelata ketika ini.

    Ia adalah kesan daripada tipu helah yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang yang kononya sentiasa mengutamakan perpaduan dalam kalangan semua kaum di Malaysia.

    Hampir setiap hari pelbagai berita palsu disebarkan di media sosial.

    Terdapat segelintir rakyat yang boleh dipedaya oleh permainan politik kotor pihak-pihak tertentu.

    Lebih malang lagi, apabila isu-isu begitu dimainkan, ada pula sebahagian rakyat mengambil tindakan terburu-buru dan melatah dengan mengkritik kerajaan.

    Semua pihak perlu sedar, sebarang berita palsu dan dikaitkan pula dengan isu perkauman atau agama, ia hanya akan menghadirkan suasana kurang selesa serta membangkitkan kemarahan rakyat.

    Dalam era teknologi masa kini, ada juga segelintir individu yang sentiasa memberi komen melampau dalam media sosial.

    Jika tiada sebarang tindakan tegas diambil terhadap mereka itu, ia hanya akan menyebabkan orang turut melakukan perkara sama.

    Masa untuk muhasabah

    Tindakan provokatif sebegitu sememangnya amat berbahaya kepada keharmonian negara kita.

    Penyebaran kandungan palsu, penghinaan terhadap agama dan kaum lain serta tomahan yang dibuat beberapa pihak menunjukkan betapa jahilnya mereka yang terlibat.

    Sebagai rakyat Malaysia kita harus sentiasa memastikan sikap toleran dan rasional terus terpelihara dengan menghayati Rukun Negara yang menjadi paksi utama kepada kestabilan dan perpaduan negara sejak sekian lama.

    Segala jenis polemik yang berbaur pepecahan dan membinasakan negara harus kita sanggah serta-merta.

    Pada masa sama, kita mesti memastikan keunikan kepelbagaian kaum, agama dan budaya di Malaysia dipertahankan serta dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

    Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Malaysia yang ke-56.

    Oleh itu saya menyeru rakyat agar sentiasa bersatu padu menamatkan sebarang bentuk retorik yang merosakkan perpaduan negara.

    Kita juga perlu bermuhasabah untuk memikirkan usaha yang telah kita lakukan sebelum ini serta cabaran yang harus kita harungi demi membina semula negara yang kita cintai dengan lebih berjaya.


    LIM HUI YING ialah anggota Dewan Negara.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih