malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jho Low dan Rosmah ada hubungan rapat, kata bekas pegawai Najib
ADS

KES 1MDB NAJIB | Bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin hari ini menyatakan apa yang menurutnya sebagai hubungan rapat antara Rosmah Mansor dengan Low Taek Jho, ahli perniagaan yang berkaitan dengan skandal 1MDB.

Dalam keterangannya, Amhari yang merupakan saksi kelapan perbicaraan 1MDB terhadap Najib berkata dia mendengar perbualan telefon antara Low dengan Rosmah, ketika beberapa pertemuan rahsia dengan Low di Hotel Prince di Kuala Lumpur.

Katanya, ketua setiausaha sulit Najib yang menjadi orang atasannya ketika itu, Azlin Alias, turut hadir di pertemuan itu.

"Ada beberapa kali, ketika mesyuarat saya dengan Azlin dan Low di Hotel Prince, saya dapat dengar Rosmah bercakap dengan Low di telefon," katanya ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, Amhari tidak dapat menyatakan perincian perbualan itu.

Shafee: Maklumat perbualan tersebut, anda tidak tahu?

Amhari: Tidak.

Shafee: Tapi anda kata dengar suara?

Amhari: Ya

Shafee: Kamu sebut perkata ini (dalam pernyataan saksi)?

Amhari: (Perbualan) sangat kuat. Sangat dekat... Selepas dengar suara Rosmah, Low berkata yang Rosmah (yang menelefonnya) dan beritahu kami agar jangan bercakap.

Dia juga berkata Rosmah bercakap secara positif berkenaan Jho Low.

"Dia tidak kata dia rapat dengan Jho Low, tapi dia bercakap secara mesra tentang Jho Low," kata Amhari.

Katanya, Jho Low sering diundang ke majlis peribadi di kediaman peribadi Najib.

"Daripada majlis, beberapa majlis - saya fikir saya tak mahu selidik kehidupan peribadi. Beberapa acara peribadi... Saya akan lihat Low turut diundang dan ia sangat eksklusif," katanya lagi.

Menurut Amhari, sesetengah acara itu dihadiri kira-kira 100 tetamu antaranya staf, VVIP, ahli perniagaan dan pegawai kerajaan.

Najib kini berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berhubung dakwaan penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Lihat Komen