malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menteri Kesihatan serah laporan kematian Orang Asli ke kabinet 18 Sept
ADS

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad akan membentangkan laporan penuh berhubung kematian 15 Orang Asli di Kampung Kuala Koh, dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Menurut pembantu menteri itu, ia akan dibentangkan pada 18 September ini.

"Hanya selepas dibentangkan, menteri akan memaklumkan kepada media mengenai penemuan laporan itu. Insha-Allah kami akan mengadakan sidang akhbar pada sebelah petang," kata pembantu menteri kesihatan itu.

Beliau berkata demikian mengulas laporan The Guardian di UK.

Laporan itu memetik Presiden Persekutuan Persatuan Perubatan Malaysia (FPMPAM), Dr Steven Chow, yang menceritakan pengalamannya kepada Malaysiakini sebelum insiden itu berlaku.

Chow sejak itu berkali-kali menolak kematian Orang Asli suku Batek antara 2 Mei dan 7 Jun akibat demam campak.

Sebaliknya, katanya kerajaan cuba menyembunyikan isu itu 'di bawah karpet'.

'Masyarakat ini ketinggalan, meninggal dunia akibat diabaikan".

"Selepas tanah mereka diambil untuk di buka ladang, mereka ini ditinggalkan dan dibiarkan bergantung hidup sendiri selepas hampir terputus dari sumber-sumber hutan yang sebelumnya menjadi tempat mereka bergantung hidup," kata Chow.

Dalam laporan terdahulu, Chow juga berkata ujian makmal terhadap sampel yang diambil dari sumber air di sekitar Kampung Kuala Koh di Gua Musang, yang menyaksikan kematian 15 penduduk Orang Asli suku Bateq, mendapati kewujudan kandungan bahan pencemar dan toksik.

Katanya, sampel diambil pada 10 dan 11 Jun dari lima sumber air.

Sampel diambil pada minggu ketika dilaporkan seramai 14 penduduk kampung telah meninggal dunia akibat menghidapi penyakit misteri.

FPMPAM menghantar sampel untuk ujian di tiga makmal bebas, yang mendapati bahawa sampel dari Sungai Pertang - sumber utama air untuk masyarakat berkenaan - tidak sesuai digunakan manusia, melainkan dirawat dengan baik.

Air tersebut juga didapati tidak sesuai untuk kegunaan riadah.

Satu kajian juga mendapati tahap mangan (sejenis logam berat) di dalam air adalah sebanyak 2.53mg / L - lebih 12 kali ganda daripada standard keselamatan 0.2mg / L yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kajian juga mendapati tahap pencemaran najis di dalam air sebagai tidak dapat diterima.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen