malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jerebu: Bacaan IPU terus meningkat di Lembah Klang
Diterbitkan:  Sep 10, 2019 10:41 AM
Dikemaskini: 3:47 AM
ADS

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima kawasan di Selangor menunjukkan tahap tidak sihat setakat pukul 10 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Shah Alam adalah 127, Klang (119), Banting (122), Johan Setia, Klang (160) dan Petaling Jaya (137) manakala Kuala Selangor menunjukkan bacaan sederhana iaitu 93.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Tinjauan Bernama di sekitar Shah Alam menunjukkan orang ramai masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa walaupun jarak pemandangan dikaburi dengan asap jerebu.

Bacaan IPU di seluruh Lembah Klang juga dilaporkan terus meningkat berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk melanda negara ini sejak pagi semalam.

Pada pukul 10 pagi semalam, bacaan IPU yang direkodkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Klang pada 91, Shah Alam (96), Putrajaya (99), Petaling Jaya (100) dan Cheras (101).

Menjelang pukul 9 pagi hari ini, bacaan IPU bagi semua kawasan tersebut meningkat kepada 119 dan ke atas.

Orang ramai boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini.

- Bernama

Lihat Komen