malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tanah Adat: Mahkamah Persekutuan buat keputusan esok
ADS

Pertikaian undang-undang sejak sekian lama dalam kes tanah hak adat Bumiputera (NCR) yang melibatkan dua bidang tanah seluas hampir 18,000 hektar di Kanowit-Ngemah, Sarawak akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan esok.

Peguam yang mewakili ketua kampung TR Sandah Tabau dan Siew a/k Libau memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada 21 Dis 2016 dalam kes mereka menentang Pengarah Jabatan Perhutanan Sarawak.

Kes ini mempunyai sejarah yang panjang. Pada 27 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Sibu berpendapat bahawa Sandah dan komunitinya mempunyai hak adat atas keseluruhan 5,639 hektar tanah yang dipajak oleh kerajaan negeri Sarawak kepada Rosebay Enterprise Sdn Bhd.

Dalam kes Siew Libau, kawasan berkepentingan meliputi seluas 11,822 hektar.

Pada mulanya kira-kira sembilan rumah panjang membawa saman terhadap Rosebay tetapi Mahkamah Tinggi berpendapat hanya rumah panjang Siew berjaya membuktikan hak adat orang Orang Asal.

Hak adat Orang Asal adalah melalui warisan berdasarkan adat Iban, pemakai menoa dan Pulau Galau.

Pulau Galau adalah istilah yang diberikan kepada tanah yang dikhaskan oleh kampung untuk mencari makanan seperti ikan, berburu dan lain-lain. Tanah ini tidak disentuh supaya hutan dapat tumbuh semula.

Pemakai Menoa adalah keseluruhan kawasan yang dianggap sebagai harta miliknya. Ia termasuk kawasan rumah panjang serta kawasan Pulau Galau.

Keputusan Mahkamah Tinggi di Sibu kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen