Pengiklanan

    Sarikei, 3 kawasan lain catat IPU sangat tidak sihat

    (Dikemaskini )

    Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarikei meningkat kepada sangat tidak sihat, sertai tiga kawasan lain di Sarawak dalam kategori sama setakat 8 pagi ini.

    Menurut Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei mencatat bacaan IPU 206 pagi ini berbanding 193 pukul 8 malam tadi.

    Kuching pula yang masuk hari ketiga dalam kategori sama mencatat peningkatan kepada 242 berbanding 223, manakala Sri Aman dan Samarahan kualiti udara bertambah baik sedikit dengan masing-masing merekodkan penurunan bacaan IPU kepada 244 daripada 252, dan 201 daripada 205.

    Begitu juga bagi kawasan S K Baram yang turun ke kategori sederhana berbanding tidak sihat semalam selepas rekod bacaan IPU pada 96 pagi ini daripada 122 semalam.

    Empat kawasan lain masih kekal pada tahap tidak sihat, namun hampir kesemua catat bacaan IPU semakin baik berbanding 8 malam tadi, dengan Miri pagi ini mencatat 102 berbanding 163, ILP Miri (145 berbanding 146) dan Sibu (173 berbanding 187), kecuali Mukah yang meningkat daripada 119 kepada 125.

    - Bernama

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih