malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
IGP: Pihak berkuasa ikhtiar bawa pulang isteri Wanndy dari Syria
ADS

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan pihak berkuasa masih berusaha untuk membawa pulang Nor Mahmudah Ahmad, balu pengganas IS yang terbunuh Muhammad Wanndy Mohd Jedi dari Syria.

"Kita hadapi masalah dari segi untuk melepasi kawasan di Syria, di mana tiga kawasan di bawah kerajaan Syria, satu pakatan Amerika Syarikat dan satu lagi IS.

"Kita hadapi masalah di situ. Pihak agensi perisikan asing membantu kita untuk bawa mereka keluar. 

"Kita juga aktif berhubung dengan pihak Bulan Sabit Merah untuk aturkan hal (membawa pulang) itu," katanya.

Abdul Hamid berkata demikian sempena lawatan kerja Ketua Setiausaha Negara Ismail Bakar ke Unit Tindakan Khas bertempat di Lapang Sasar, Briged Tengah PGA, Cheras hari ini.

Nor Mahmudah yang sekarang ditempatkan di kem pelarian Al-Houl di Syria merayu untuk pulang ke Malaysia susulan kematian tiga anaknya dalam pengeboman pada Oktober 2018.

Arwah suaminya Wanndy merupakan pemimpin utama kumpulan pengganas IS bagi Malaysia. 

Dia terbunuh dalam serangan drone tentera Amerika Syarikat pada April 2017 di Raqqa yang menjadi pengkalan IS di Syria.

Selepas kematian suami dan tiga anaknya, Nor Mahmudah dilaporkan telah berkahwin dengan pengganas IS warga Belgium.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen