BERITA

Dr M lancar Apa Habaq Orang Muda edisi Jepun

Bernama

7 Sep 2019, 6:39 am

Dikemaskini setahun lepas

A
+
A
-

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan buku berjudul Dr M: Apa Habaq Orang Muda? bagi edisi Jepun.

Buku itu merupakan koleksi ungkapan Dr Mahathir yang membangkitkan semangat, menyegarkan dan tajam daripada wawancara, ucapan dan penulisan beliau sebelum ini.

Buku yang menampilkan Chedet (nama pena Dr Mahathir) dan Matrodi (Radzi Tajuddin) sebagai penulis bersama dan diterbitkan kali pertama pada 2016, adalah himpunan pesanan, pengajaran, dan peringatan mengenai perpaduan, demokrasi, pendidikan, budaya, perjuangan dan sistem nilai mengikut acuan Malaysia.

Dr M: Apa Habaq Orang Muda? edisi Jepun itu diterbitkan bersama oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Jepun-Malaysia (JMA) serta DuBook Press.

Buku itu dijangka dipasarkan secara meluas menerusi rantaian Kinokuniya Co. Ltd yang memiliki 70 kedai buku di seluruh Jepun menjelang akhir bulan ini.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Kennedy Jawan, Pengurus Besar dan Pemangku Pengurus ITBM Sakri Abdullah, Pengarah Eksekutif JMA Takuji Arai serta Pengarah dan Pengurus Besar Kedai Utama Umeda Kinokuniya, Masaya Yumoto.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.