malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Yayasan Rahah, Umno Pekan selesai saman lucut hak berkaitan 1MDB
ADS

Yayasan Rahah dan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Pekan Ibrahim Awang mencapai penyelesaian bagi saman pelucuthakan berkaitan 1MDB terhadap mereka.

Saman itu menuntut RM839,489.82 daripada Yayasan Rahah dan RM100,000 daripada Ibrahim, yang didakwa berkaitan dengan 1MDB.

Penyelesaian itu direkodkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali semasa pengurusan kes hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai dan peguam Amin Othman mengesahkan dengan Mohd Nazlan berkenaan penyelesaian itu.

Bagaimanapun terma penyelesaian itu tidak didedahkan.

Terdahulu, Yayasan Rahah dan Ibrahim telah menghantar representasi kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam usaha mencapai penyelesaian global bagi perkara itu.

"Kami telah bersetuju untuk satu penyelesaian (consent judgement) agar RM839,489.82 (yang dituntut) pendakwaan diserah kepada kerajaan Malaysia," kata Pillai.

Amin kemudian bangun dan memberitahu mahkamah bahawa antara terma penyelesaian ialah perincian penyelesaian itu tidak didedahkan.

"Semua pihak setuju dengan penyelesaian hari ini. Antara termanya ialah agar terma penyelesaian tidak didedahkan kepada media.

"Kami mahu merekodkan terma di kamar (hakim)," katanya.

Nazlan setuju dengan permintaan itu.

Nazlan kemudian memutuskan susulan penyelesaian yang dicapai antara pendakwaan dengan Yayasan Rahah, mahkamah kini menganggap pendakwaan tidak akan meneruskan tindakan mereka.

Berkenaan saman terhadap Ibrahim, Allan memberitahu mahkamah bahawa terma penyelesaian juga sama seperti yang dicapai dengan Yayasan Rahan.

Yayasan Rahah dan Ibrahim merupakan antara 41 entiti yang berdepan saman tersebut yang difailkan SPRM bagi mendapatkan semula wang RM270 juta berkaitan 1MDB.

Lihat Komen