malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tiada tindakan pada Azmin dan Farhash, kata Saifuddin
ADS

Tiada sebarang tindakan disiplin akan diambil PKR ke atas Azmin Ali dan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, kata setiausaha agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail.

Bercakap kepada media selepas menghadiri forum di Petaling Jaya petang ini, Saifuddin memberitahu, PKR menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan berhubung sebarang dakwaan yang dikaitkan kepada dua individu terbabit.

"Pendirian kami tetap sama - kalau ada apa-apa perkara yang berkaitan dengan pihak berkuasa, kita serah kepada kebijaksanaan penyiasat.

"Kita tidak ada apa-apa tindakan ke atas itu," katanya.

Terdahulu anggota parlimen Kulim - Bandar Baru itu ditanya mengenai sikap PKR terhadap Azmin dan Farhash.

Azmin ialah timbalan presiden PKR yang dilihat mengetuai kumpulan yang tidak sehaluan dengan Anwar Ibrahim, manakala Farhash ialah setiausaha politik presiden parti berkenaan.

Azmin sebelum ini dikaitkan dengan hubungan cinta sejenis oleh bekas pemimpin pemuda PKR yang sudah dipecat, Haziq Abdullah Abdul Aziz. Bagaimanapun anggota parlimen Gombak itu menganggap tuduhan tersebut direka bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Farhash pernah ditahan reman oleh polis berhubung siasatan mereka terhadap dakwaan Haziq.

Azmin juga banyak kali tidak menghadiri mesyuarat parti dan mengikut peraturan, tindakan disiplin boleh dikenakan jika keadaan itu berlaku tanpa alasan yang kukuh.

Ditanya sama ada PKR akan menjalankan siasatan dalaman bagi isu klip video lucah tersebut, Saifuddin berkata, pendirian parti adalah jelas iaitu menolak sebarang amalan politik longkang.

"Dan kita serahkan kepada pihak polis untuk buat siasatan dan ini perkara baru, belum sampai (maklumat lanjut) kepada pengetahuan saya," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen