malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Anwar terbuka berbincang dengan kumpulan Azmin
ADS

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyatakan kesediannya bertemu dan berbicang dengan kumpulan yang menentangnya dalam parti itu.

Pada masa sama Anwar - yang mengaku seorang demokrat - juga yakin parti itu berada pada kedudukan menuju arah yang betul.

"Saya demokrat, orang boleh datang dan berbincang (dengan saya).

"Kalau mereka (kumpulan bertentangan) perlukan masa dua hingga tiga jam berbincang dengan cara yang baik, saya tak ada masalah (bertemu dengan mereka).

"Saya sentiasa berjumpa ramai pemimpin di pejabat saya," katanya kepada wartawan di Petaling Jaya hari ini.

PKR berdepan krisis dalaman secara terbuka membabitkan Anwar dan timbalannya Azmin Ali, serta penyokong masing-masing.

Ia semakin panas dengan dakwaan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa dia terlibat dalam hubungan cinta sejenis dengan Azmin.


Baca Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin


Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi bertegas beliau tidak terlibat dan yakin dakwaan tersebut adalah cubaan pihak tertentu dalam PKR untuk membunuh kerjaya politiknya.

Menurut Anwar beliau juga tidak berasa PKR berada dalam krisis.

"...Saya fikir parti bergerak ke arah yang betul - walaupun tidak 100 peratus. Saya tidak nampak ada masalah sebenar (dalam PKR)," katanya.

Untuk rekod pada 18 Julai lalu Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin secara terbuka mengakui berlaku perpecahan dalam parti dan terserah kepada Anwar untuk mengekangnya.

Pada 28 Ogos pula bekas ketua wanita PKR itu mendakwa Anwar tidak memberi jawapan balas kepada tiga surat yang dihantarnya berhubung isu semasa dalam parti.

Anwar pula menjelaskan, satu surat Zuraida sudah dibalas, manakala dua lagi akan diuruskan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen