malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tiga lelaki ditahan susulan penemuan mayat pengurus pengawal keselamatan
ADS

Polis menahan dua warga Nepal dan seorang warga tempatan susulan penemuan mayat seorang lelaki tempatan dalam tandas bilik pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Petaling Jaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata mangsa Lee Poh Meng, 54, ditemui oleh orang awam dalam keadaan terlantar dan berlumuran darah, pada kira-kira pukul 3 petang.

"Mangsa ditemui dalam tandas pengawal keselamatan yang dikunci dan pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki itu ditahan di perkarangan kondominum pada kira-kira pukul 6 petang tadi, dengan dua warga asing itu bekerja sebagai pegawal keselamatan, manakala suspek warga tempatan merupakan pengurus pengawal keselamatan.

"Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, mangsa dipukul berkali-kali menggunakan topi keledar oleh salah seorang suspek di bilik kawalan pengawal keselamatan, pada Ahad (1 Sept).

"Ia dipercayai berpunca daripada mangsa yang tidak membayar gaji pengawal keselamatan," katanya.

Mohd Zani berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen