malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Saifuddin: Cakap isu sebenar, langkaui garis parti
ADS

WAWANCARA | Menteri luar Saifuddin Abdullah berpendapat ahli politik perlu berani bercakap mengenai isu sebenar yang melangkaui garisan parti.

Saifuddin menjawab soalan mengenai peningkatan ketegangan hubungan kaum dan agama yang melangkaui isu-isu seperti tulisan Jawi dan pendakwah kontroversi, Zakir Naik.

"Kadang-kadang kita harus tidak popular. Ada di antara kita yang tidak popular ketika kita berada di parti lama kita, kerana kita mungkin tidak menyentuh garis rasmi parti.

"Tetapi kamu mesti perlu melangkaui garisan parti dan teruskan dan bercakap mengenai isu yang sebenar dan bukan hanya politik," katanya dalam satu temubual berkumpulan di Wisma Putra Sabtu lalu.

Saifuddin berkata kajian menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat berpendapat isu perkauman dan agama ditimbulkan oleh ahli politik sendiri.

Oleh itu, beliau menggesa ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak mengambil tanggungjawab dan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan.

"Apa yang kita katakan dilaporkan dan pada masa kini, ia akan menjadi tular. Itulah sebabnya saya mengatakan ahli politik melakukan perkara tertentu kerana bermotif tertentu.

"Jika motif kamu untuk memenangi pilihan raya dan pemilihan parti, maka kamu akan membuat kenyataan negatif dan kadang-kadang provokatif ini.

"Tetapi jika ahli politik menjadi lebih bertanggungjawab dan menerajui kepimpinan, maka kita perlu mengubah wacana itu," katanya.

Saifuddin menegaskan bahawa beliau percaya rakyat tidak memiliki sikap sedemikian.

"Ia adalah ahli politik yang terus melakukan ini," katanya.

Pada masa yang sama, Saifuddin berkata, rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan secara kolektif berusaha sedaya upaya mengatasi isu-isu perkauman dan agama, walaupun mengakui ada halangan di sepanjang usaha berkenaan.

'Kamu mungkin melihat kenyataan yang dibuat oleh satu atau dua pemimpin kami, tetapi kami tidak kebal daripada orang seperti ini, tetapi secara kolektif, kami telah melakukannya dengan baik."

Tak lari dari manifesto

Menteri itu juga menjawab kritikan bahawa kerajaan PH gagal memenuhi banyak janji pilihan raya walaupun telah berkuasa selama lebih setahun.

Beliau menegaskan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Liew Chin Tong dari DAP baru-baru ini dibentuk untuk melihat bagaimana gabungan itu dapat memenuhi janji-janjinya.

"Mereka kini bermesyuarat setiap hari Selasa. Mereka panggil wakil-wakil dari kementerian untuk melihat di mana kita sekarang dari sudut pandangan manifesto.

"Jadi, apa yang saya katakan ialah kita tidak lari diri dari manifesto kita, dan kita melihat dengan serius, setiap janji, apa yang telah kita lakukan, apa yang telah kita jalankan separuh jalan.

"Mungkin terdapat satu atau dua (janji) di mana kita harus beritahu rakyat, 'Ini mustahil.' Kita perlu mengakui ini. "

Saifuddin juga menyatakan terdapat "projek kecil dan besar" yang terkandung dalam manifesto PH.

Projek besar adalah pelbagai pembaharuan yang akan mengambil masa yang lama untuk diwujudkan dan tidak mudah dilaksanakan.

Sementara itu, projek kecil adalah seperti menggantikan GST dengan SST serta isu pemansuhan tol, katanya.

"Saya fikir kita melakukan kedua-duanya, kecil dan besar, jadi apabila orang tanya kepada saya, adakah kamu membuat U-turn (saya katakan) ia bergantung kepada pembaharuan yang kamu lihat.

"Bagi yang besar, kita tidak membuat U-turn."

Saifuddin juga mengulangi bahawa ketika PH mengemukakan manifestonya, ia tidak mempunyai akses kepada angka - bermakna penyesuaian kini perlu dibuat kepada beberapa projek kecil.

"Saya tidak akan menafikan hakikat bahawa kita mempunyai masalah dan walaupun orang tuduh kita U-turn, saya tak akan bantah. Kita ada isu-isu kita.

"Tetapi yang besar dan fundamental (tetap diteruskan)," kata Saifuddin.

Lihat Komen