Pengiklanan

    Hilman: Biro Disiplin PKR tak berani ambil tindakan isu video seks

    (Dikemaskini )

    Hilman Idham yang merupakan setiausaha politik kepada Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali, hari ini mengimbas semula isu berhubung kes video intim Azmin.

    Jelas Hilman, ketika isu itu sedang hangat, Biro Disiplin PKR tidak berani mengambil tindakan terhadap “pihak yang telah mengaku bersalah”.

    Sedangkan, katanya, individu itu sewajarnya dihukum bagi mengelakkan persepsi masyarakat Melayu Islam terhadap PKR.

    “Bayangkan Biro Disiplin (PKR) tak berani untuk ambil tindakan, sedangkan empat mufti utama dalam negara kita telah pun mengeluarkan kenyataan, kalau telah mengaku, maksudnya boleh dihukum.

    “Mufti Negeri Sembilan paling keras, kerana dia kata, bila mengaku, boleh disebat.

    “Tetapi Biro Disiplin kita masih lagi hantar surat untuk beri tunjuk sebab. Saya pun tak faham sebab apa yang dia nak,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan AMK Muafakat Cabang Negeri Selangor 2019 petang tadi.

    Biarpun tidak menyebut nama, dia dipercayai merujuk kepada isu melibatkan bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku merupakan salah seorang individu dalam klip video intim sejenis itu, yang turutmendakwa Azmin sebagai pasangannya dalam klip video tersebut.

    Hilman berkata demikian ketika menyeru anggota AMK agar berani menegur pemimpin parti.

    “Sebab itu kita harus berani menyatakan pandangan dan teguran kita, walaupun mungkin mereka akan menyatakan bahawa kita ini kurang ajar, kita ini tak pandai politik, kita ini orang baru, kita tak ada di jalan raya tahun 1998.

    “Tapi kita harus berani kerana, [...] asalkan, teguran yang kita lakukan itu beradab, tidak caci-maki, berhikmah dan bijaksana,” katanya lagi.

    Untuk rekod, antara mufti yang mengeluarkan kenyataan berhubung isu klip video intim itu ialah Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Mufti Wilayah Perseketuan Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad dan Mufti Negeri Sembilan Mohd Yusof Ahmad.

    Setelah mengaku merupakan individu dalam video terbabit, Haziq telah disiasat oleh pihak polis sebanyak dua kali bagi membantu siasatan kes tersebut.

    Haziq juga telah dipecat keanggotaannya daripada PKR beberapa minggu selepas video itu tersebar, sementara Azmin menafikan sekeras-kerasnya terlibat dalam video itu, dan menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai politik kotor yang cuba menjatuhkan kerjaya politiknya.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih