Pengiklanan

    Usah peduli menteri kerajaan sepenggal, ajak ulama PAS

    (Dikemaskini )

    Seorang ulama PAS hari ini menggesa orang ramai mengabaikan nasihat menteri PH sebaliknya "menambah pahala" dengan mengukuhkan ekonomi umat Islam.

    Bekas Timbalan Ketua Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abdul Rani, berkata usaha memboikot barangan orang bukan Islam itu baik dari segi agama.

    Katanya langkah tersebut hanya memberi kesan negatif kepada "ekonomi negara sekular".

    "Ummah semakin merapat, agama semakin subur, keberkatan semakin bertambah. Pahala di sisi Allah semakin menambah, ayuh ummah!!" tulisnya di salah satu hantaran Facebook hari ini.

    Untuk rekod gerakan kempen memboikot barangan bukan Melayu atau bukan Islam digerakkan beberapa pihak yang dilihat cenderung kepada pembangkang.

    Ia digiatkan lagi ketika isu pendakwah dari India, Dr Zakir Naik, disebut-sebut akan diusir dari negara ini ekoran kenyatan yang dibuatnya menyentuh hal ehwal politik dalaman Malaysia.

    Bagaimanapun, kerajaan menegaskan Zakir hanya tidak dibenarkan memberi ceramah melalui mana-mana wadah - termasuk media sosial - sehingga siasatan isu yang melibatkannya selesai.

     

    Putrajaya juga tidak bercadang untuk mengusir tokoh yang dikehendaki kerajaan India itu.

    Pada 29 Ogos lalu Malaysiakini melaporkan, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof sebagai berkata, kempen mengutamakan produk Muslim tidak bagus untuk ekonomi negara.


    Baca Maksiat: Iktibar band Seventeen korban tsunami - Dusuki


    Beliau berkata, kempen yang memboikot barangan keluaran bukan Islam tidak sepatutnya berlaku di negara yang berbilang kaum.

    "(Kempen) tidak menjejaskan usahawan, barangan halal di utara misalnya, 70 peratus di keluarkan oleh bukan Muslim. Jadi, ia tidak ada masalah.

    "Tak kena dengan kempen, kalau dah halal cukuplah, kalau dapat sijil halal Jakim sudah cukup untuk menjual, tak perlu boikot kerana ia tidak konstruktif," katanya. 

    Melampirkan tangkap layar berita Malaysiakini itu, Ahmad Dusuki menambah, orang Islam perlu terus mengukuhkan ekonomi umat Islam di Malaysia.

    "Usah peduli terhadap menteri kerajaan sepenggal ini!!" katanya lagi.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih