malaysiakini logo
story-image
ADS

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membayangkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim tidak akan menjadi sebahagian daripada pasukan kabinetnya apabila beliau membuat perubahan kecil dalam portfolio jemaah menteri tidak lama lagi.

"Kami tidak mempunyai apa-apa perubahan atau pertambahan bilangan (anggota) kabinet.

"Oleh kerana tiada siapa yang mengatakan mereka ingin meletakkan jawatan, kami tidak mempunyai kekosongan (untuk menampung Anwar)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu petang ini.

Beliau ditanya soalan sebab tidak mengundang Anwar untuk menyertai kabinet ketika beliau mempertimbangkan untuk menukar portfolio kabinet dan apabila terdapat tekanan untuk peralihan kuasa.

Pada 22 Ogos lalu, perdana menteri memaklumkan tiada rombakan kabinet dalam masa terdekat ini sebagaimana desas-desus yang dibuat oleh beberapa pihak, khususnya, media tempatan.

Sebaliknya, kata beliau, perbincangan hanya membabitkan pertukaran portfolio beberapa menteri.

“Mungkin ada tukar sikit portfolio. Tapi belum ada," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen