malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Isu bas sekolah Orang Asli: Mohon 22 Ogos, lulus 27 Ogos, kata Lim
ADS

Menteri Kewangan Lim Guan Eng memaklumkan kementeriannya hanya menerima permohonan dana dari Jabatan Pembangunan Orang Asli (Jakoa) untuk membayar perkhidmatan bas bagi membawa kanak-kanak Orang Asli ke sekolah di Cameron Highlands tujuh hari lalu dan ini diluluskan dalam masa lima hari.

Lim mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jakoa, Juli Edo yang berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan dana, dan sedang menunggu kelulusan kementerian kewangan membayar bayaran tertunggak dari April hingga Jun.

"Itu tidak betul. Mereka hanya mengemukakan permohonan pada 22 Ogos. Kami meluluskannya pada 27 Ogos iaitu dalam tempoh lima hari. Saya fikir kementerian kewangan sangat cekap.

"Kamu kemuka pada 22 Ogos, kemudian kami luluskan pada 27 Ogos, ini dalam masa lima hari. Lebih baik kamu tanya kepada jabatan mengapa kenyataan seperti ini dikeluarkan, lebih-lebih lagi ia tidak berasas," kata Lim kepada pemberita selepas menghadiri persidangan SocDem Asia di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor mendakwa kerajaan gagal membayar perkhidmatan kepada pengusaha bas yang membawa kanak-kanak Orang Asli ke sekolah, sehingga lima bulan.

 

Akibatnya, Ramli berkata pengusaha bas - yang kebanyakannya juga berasal daripada masyarakat Orang Asli - menimbang untuk memberhentikan perkhidmatan serta merta kerana tidak dapat menampung kos menghantar anak-anak Orang Asli ke sekolah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen