malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Miros jalani kajian perkhidmatan teksi motosikal
ADS

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan menjalankan Kajian Persepsi Pengguna Jalan Raya Terhadap Kebolehlaksanaan Perkhidmatan Teksi Motosikal bermula hari ini (29 Ogos) hingga 7 Sept ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Miros semalam, kajian yang dilakukan secara dalam talian melalui pautan http://its.miros.gov.my/kajianteksimotosikal/ itu menyasarkan penunggang motosikal dan orang awam bagi mengenal pasti tahap penerimaan pengguna jalan raya terhadap kebolehlaksanaan perkhidmatan teksi motosikal di negara ini yang meliputi aspek keselamatan jalan raya, perundangan, aliran trafik, ekonomi, keselamatan sosial, kesihatan, budaya serta peralihan mod pengangkutan.

“Hasil dapatan daripada kajian ini akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan bagi merangka mekanisme pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia.

“Oleh itu, orang awam dijemput untuk menyertai kajian ini bagi menyuarakan pendapat dan pandangan berhubung perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Pelaksanaan kajian itu adalah susulan daripada keputusan Jemaah Menteri pada 21 Ogos lepas yang bersetuju supaya perkhidmatan ride-hailing berasaskan motosikal dibenarkan dalam melaksanakan Proof Of Concept (POC) di negara ini.

Bagaimanapun keputusan mengenainya akan dimuktamadkan setelah kajian terhadap aspek-aspek penting lain dikaji terlebih dahulu.

- Bernama


Lihat Komen