Pengiklanan

    MetMalaysia beri amaran ribut tropika Podul di perairan Sabah

    (Dikemaskini )
    Bernama  |  Berita

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Podul) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu pagi ini, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu sedang bergerak ke arah barat Sabah dengan kelajuan maksimum sehingga 83 kilometer (km) sejam.

    “Berdasarkan pencerapan pada pukul 8 pagi ini, ribut tropika itu kini berada pada kedudukan kira-kira 722 km ke tenggara Hanoi, Vietnam dan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 1,305 km ke barat laut Kudat, Sabah.

    “Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sabah,” menurut kenyataan itu.

    - Bernama

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih