malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Biasa' bagi parti kalah cuba lemahkan yang menang - IGP
ADS

Ketua Polis Negara, Hamid Bador berkata adalah perkara biasa bagi parti politik yang kalah untuk cuba melemahkan parti pemerintah yang baru.

"Apa yang saya kata adalah ia biasa akan berlaku bila adanya berlaku perubahan kerajaan.

"Saya tidak menuduh sesiapa tapi saya berkata ini adalah biasa perkara sebegini berlaku- parti yang disingkirkan cuba melemahkan yang menang.

"Semudah itu sahaja. Jangan diputar belit," kata Hamid ketika ditemui di PutraJaya hari ini.

Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan beliau yang dilaporkan oleh South China Morning Post (SCMP) hari ini.

Portal itu dalam artikelnya melaporkan ketegangan kaum dan agama di negara ini berpunca daripada media sosial, kehadiran pendakwah Islam Dr Zakir Naik dan penolakan bukan Melayu terhadap tulisan Jawi.

Hamid dipetik sebagai berkata: 'Parti yang tersingkir akan terus menjejaskan kestabilan dan melemahkan parti pemerintah. Soal keselamatan, (adalah) dibimbangi tetapi terkawal".

Artikel tersebut turut menyentuh kenyataan penasihat media perdana menteri, A Kadir Jasin yang menyatakan adalah perlu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap individu yang menyalahgunakan media sosial termasuk menutup laman web dan menangkap individu yang membuat hantaran berunsur provokasi.

Kadir memberi amaran situasi mungkin menjadi 'bahaya' sekiranya tidak dikawal dan seperti mana Hamid, beliau menyalahkan pembangkang kerana mengeksplotasi isu perkauman dan agama.

Lihat Komen