Pengiklanan

    Sumber nafi dakwaan Marzuki kabinet putuskan tak usir Zakir

    (Dikemaskini )

    Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya dipetik sebagai berkata kabinet telah membuat keputusan untuk tidak mengusir pendakwah terkenal Dr Zakir Naik.

    Bagaimanapun, sumber yang dekat dengan Putrajaya memberitahu Malaysiakini bahawa kabinet belum lagi membuat keputusan mengenai Zakir.

    "Keputusan untuk tidak menghantar pulang, masih belum (dibuat) berdasarkan situasi semasa. 

    "Sudah tentu apa yang akan berlaku pada masa depan bergantung dengan apa yang jadi sekarang, termasuklah siasatan polis," jelas satu sumber.

    Bagaimanapun, katanya kabinet telah memutuskan untuk menghentikan Zakir daripada terlibat dalam politik Malaysia.

    Timbalan menteri bukan anggota kabinet dan tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat jemaah menteri.

    Marzuki membuat kenyataan mengenai keputusan kabinet itu ketika ditanya tentang perhimpunan anti-Zakir Naik yang pada awalnya dirancang di Brickfields hari ini dan telah dibatalkan.

    The New Straits Times melaporkan timbalan menteri luar berkata kerajaan secara kolektif memutuskan untuk tidak mengusir pendakwah itu dan ia bukan semata-mata keputusan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sahaja.

    "Kami telah berulang kali menyebutnya bahawa ini bukanlah keputusan yang dibuat oleh seorang individu jadi tidak perlu lagi membincangkannya.

    "Kalau mereka tidak berpuas hati dengannya, mereka boleh merujuknya kepada parti masing-masing. Kenapa kamu perlu bantah?

    "Sekiranya kami mahu memuaskan hati semua orang, maka kami tidak boleh berbuat demikian. Ia keputusan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk tidak menghantarnya pulang," kata Marzuki.

    Dr Mahathir pada Khamis lalu berkata buat masa ini beliau tidak mengubah pendiriannya mengenai permintaan ekstradisi terhadap Zakir.

    [Baca berita penuh]

    Belanjawan 2020
    • Infografik
      Carta & Graf
    • Kuiz
      Apa anda dapat?
    • Undian
      Suka atau tidak?
    • Laporan langsung
      Laporan langsung kami

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih